Friday, October 24, 2014

HIJRAH - 1436

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Berhijrahlah dalam mengerjakan Solat...Full Time itu Wajib.
Hari ini ditetapkan mula tahun 1436 Hijrah, selamat tahun baru semua saudara seagama.

Saudara ku, rata-rata kita tahu apa itu tahun hijrah dan mengapa kita sebagai umat Islam seharusnya menjadikan hari ini sebagai satu hari yang menjadi titik mula keinginan dalam meneruskan kehidupan,baik sebagai mengigati hari Rasul Junjungan berhijrah dari Kota Mekah ke kota Madinah juga sebagai garis mula untuk sesuatu perancangan.Namun hijrah dalam mengerjakan amal kebaikan, peningkatan diri untuk mendekati Allah Azza Wazalla tiada titik mula dan hendaklah dilakukan se-segera mungkin.


Mari kita bersama-sama mengungkai penceritaan sebenar di sebalik tajuk HIJRAH ini..... ramai umat manusia sibuk dengan hijrah tetapi tidak mendalami maksud sebenar hijrah ini, ada yang sekecil2 insan dan hingga insan dewasa  meraikan hijrah tanpa memahami itujuan sebenar....

Tahukah kita Hijrah yang sebenar...Hijrah bermaksud perpindahan nabi Muhammad S.A.W. Wahyu yang diturunkan oleh ALLAH mengarahkan junjungan kita berpindah bagi mengembangkan lagi syiar islam tetapi itu adalah yang biasa kita dengar dan selalu hayati.... berapa ramaikah yang memehami proses semasa dan sebelum penghijrahan itu....

Berapa ramai yang mengambil peranan Nabi untuk mengatur strategi setelah diwahyukan ALLAH. Sesetengah dariapada orang kita hanya ingin mengambil tahu proses akhirnya atau apa akan jadi,  tetapi dari segi prosesnya adakah strategi telah dirangka..... KENAPA KITA SIBUK NAK BUAT KERJA ALLAH.... KITA SENDIRI TIDAK MENGAMBIL BAHAGIAN YANG TEGAS DI DALAM PROSES MERANGKA STRATEGI DAN BERAHSIA TENTANGNYA....


 Nabi Sallahualaihisalam ketika hendak berhijrah hanya bersama dengan Saidina Abu Bakar merangka strategi dan ketika sibuk membuat perancangan ..  mereka didatangi anak Saidina Abu Bakar... dan seperti yang kita tahu kerahsiaan Saidina Abu Bakar di dalam mempercayai kerasulan Baginda... kita juga mengerti iman yang dimiliki Saidina Abu Bakar jika dibandingkan dengan iman seluruh umat islam di dunia... masih besar lagi iman Saidina Abu Bakar. sahabat yang dijanjikan syurga oleh ALLAH S.W.T.itu.... berbalik kepada cerita kisah yang didatangi anak Saidina Abu Bakar.. maka Nabi Muhammad Salallahualaihisalam  menyuruh Saidina Abu Bakar menghantar kembali anak Saidina Abu Bakar kerana strategi ini adalah rahsia... begitu berhati2 Nabi Muhammad....di dalam membuat proses penghijrahan.... sedangkan seperti yang kita maklum, jika Nabi Salallahualihisalam  meminta tikar terbang. sudah tentu ALLAH memakbulkan. tetapi Nabi tidak membuat kerja ALLAH ... Nabi membuat proses yang kita semua harus lakukan....sebagai seorang manusia.

Begitu nak mengajar kita bahawa perjuangan kita adalah berdasarkan perancangan serta strategi yang mendalam bukan hanya  mengharapkan keajaiban.....

Saidina Umar di dalam proses penghijrahan beliau,dari seorang yang musyrik kepada seorang yang beriman melalui perancangan Allah Azza Wajalla  mendengarkan  Surah Toha ayat 1-15 dan kerja ALLAH dengan memberi hidayah kepada Umar lantas. proses berikutnya mengisytiharkan Islam dengan lantang...kerna sifat Umar yang sememangnya figura yang lantang dan gagah, manakala Nabi Salallualaihisalam mengisytiharkan Hijrah secara senyap/rahsia.. kerana bijaknya Nabi Salallahualaihisalam,beliau dicari kerana musyrikin hendak membunuh beliau jadi dengan proses mendiamkan diri dan secara rahsia.. bagaimana Saidina Ali mengantikan Baginda Rasul di tempat tidurnya...Rasul Junjungan terselamat.....

Di dalam proses Hijrah itu ramai mengetahui yang siapa penunjuk jalan Rasulullah Salallualihisalam dan Saidina Abu Bakar ialah  seorang yahudi... dan juga ketika ditahan di pertengahan jalan Baginda Rasul dan Saidina Abu Bakar ditanya siapa yang berselubung di belakang beliau... Saidina Abu Bakar menjawab penunjuk jalan .. sedangkan dia adalah Muhamamd.. maksud Saidina Abu Bakar bukanlah beliau ingin berbohong tetapi bermain dengan maksud.. "penunjuk jalan ke syurga" begitu berstrategi dan berahsianya mereka di dalam menjayakan Penghijrahan ini......

Tetapi bagi memungkin HIJRAH ini berjaya... ALLAH telah menghantar biawak padang pasir untuk memadam tapak kaki Baginda Rasullullah dan Saidina Abu Bakar... ALLAH mengahntar burung merpati bagi membuat sarang di gua....

Apakah nabi merangka strategi ini???? apakah Nabi Salallualihisalam berfikir untuk menyuruh biawak padamkan kesan tapak kaki ini... adakah Nabi Junjungan memanggil burung merpati untuk membuat sarang... sudah tentu tidak... sudah tentu dengan perancangan  ALLAH...Azza Wajalla jua.

Setelah proses ini dilalui barulah jadi seperti yang kita laung2kan setiap kali sambutan Maal Hijrah...ALLAH memberi berita gembira kepada penduduk Ansar dengan kejayaan Nabi Salallahu'alaihisalam datang ke MADINAH... BARULAH SYIAR ISLAM DAPAT DIJALANKAN DENGAN LANCARNYA.


Hari ini adalah mengigati mulanya hijrah Nabi Salallu'alaihisalam, marilah kita gunakan maksud mendalam tentang hijrah ini bagi memahami konsep jihad dan berjuang yang sebenar.... sebagai umat Islam.

Jadikan tahu baru Hijrah ini sebagai tahun yang mana kita menyusun strategi..dan perancangan yang mantap.
Cabaran kepada  ummah begitu besar akhir-akhir ini...pelbagai dugaan dan perlakuan yang mencabar ummah. Baik serangan secara terang terangan yang mengugat emosi dan iman kita sebagai orang Islam dan perbuatan-perbuatan yang menyingung perasaan dan kesabaran kita.

Kepada umat Islam yang berada dalam Institusi atau jabatan yang berkaitan dengan Agama Islam-baik diperingkat negeri atau persekutuan haruslah membuat perancangan dan mengatur strategi menjaga hal ehwal agama dari serangan musuh-musuh Islam.

Mereka yang berada dalam jawatan kuasa pentadbiran surau dan masjid juga membuat perancangan untuk lebih memantapkan lagi jiwa Islam dikalangan masyarakat kariah mereka atau di taman-taman perumahan.

Hentikanlah sikap benci-membenci dikalangan kita umat Islam, politik dan fahaman2 yang tidak memberi kebaikan kepada ummah wajib dijauhkan. Kita ummah Islam di Malaysia sedang diserang oleh mereka yang kini begitu terang-terangan menghentam orang Islam dalam pelbagai bentuk media dan saluran.

Saksikanlah  bagaimana kita umat Islam di Malaysia dicabar dengan pelbagai tohmah dan mehnah yang datang dari mereka yang bukan Islam dan juga dari kalangan kita umat Islam yang bersikap terlalu modenis

KITA UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEDANG DI-UJI, BERSATULAH DAN FAHAMI ISLAM DARI SUMBER YANG BENAR DAN BETUL.

ISLAM AGAMA YANG BENAR, KITA DI ANUGERAHKAN IMAN, ALQURAN DAN SUNNAH.

INILAH PEGANGAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM. TIADA YANG LEBIH BERNILAI DARI ITU.

SELAIN DARI NIKMAT IMAN DAN ISLAM.

No comments: