Wednesday, July 13, 2011

Masjidil Haram - Mekah - Tawaf Ifadha

Haji Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Ifadhah:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Seterusnya Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan menunggang unta serta diiringi oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang mengikuti Rasulullah s.a.w dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf Ifadhah iaitu Tawaf ziarah yang dikenali juga dengan Tawaf permulaan.
2. Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf di Baitullah ketika Haji Wida' secara menunggang unta dan beristilam iaitu melambai Rukun (Hajarulaswad) dengan menggunakan tongkat baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai. Mereka bersesak-sesak mengerumuni baginda untuk bertanyakan urusan agama.
3. Rasulullah s.a.w bersembahyang Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina dan mendapati orang ramai sedang menunggu Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w mengimami para sahabat menunaikan sembahyang di Mina pada akhir waktu Zuhur.
4. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada malam Ahad kerana menunggu hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).
5. Setelah selesai melakukan Tawaf, Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam. Ketika itu orang ramai sedang minum. Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai anak Abdul Muttalib! Jika bukan kerana orang ramai berebut-rebut (untuk menjaga timba), nescaya aku akan turun dan minum bersama-sama kamu".
6. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke tempat air lalu meminta air. Al-Abbas berkata: "Wahai Fadli! Pergilah menemui emak kamu agar dia bawakan air yang ada padanya untuk Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Bawakan air kepadaku." Emak Fadli berkata: "Wahai Rasulullah! Mereka telah mencelup tangan mereka ke dalam air tersebut." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bawakan air kepadaku (yang diminum oleh orang ramai)."Rasulullah s.a.w terus meminum air tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam lalu minum dalam keadaan berdiri.
- Saidatina Aisyah r.a melakukan sekali Tawaf dan sekali Saie sahaja pada hari itu.Memadailah untuk ibadat Haji dan Umrah beliau.- Safiah r.a juga melakukan Tawaf pada hari itu, kemudian beliau didatangi
haid. Rasulullah s.a.w bersabda: "Memadailah baginya Tawaf tersebut sebagai Tawaf Wida' dan tidak perlu lagi melakukan Tawaf Wida'."

No comments: