Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Hari-hari Tasyrik ialah: Hari 11, 12 dan 13 Zulhijah. Jemaah Haji hendaklah bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik untuk melontar setiap Jamrah. Hari kesebelas bulan Zulhijah dinamakan hari Ru'us (kepala). Sebab digelar dengan nama tersebut ialah kerana mereka menyembelih pada Hari Raya Korban kemudian memasak kepala-kepala binatang sembelihan mereka pada malamnya dan makan pada waktu pagi.
2. Allah s.w.t menyebut hari-hari Tasyrik di dalam firmanNya: Yang bermaksud: Sesiapa yang tergesa-gesa (meninggalkan Mina) dalam masa dua hari, dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lewat (meninggalkan Mina), dia tidaklah berdosa dan tidak berdosa itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Setiap orang Islam hendaklah bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik atau sesiapa yang ingin mempercepatkannya dalam masa dua hari, tidak menjadi kesalahan kepadanya.
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik tanpa mempercepatkannya (meninggalkan Mina). Baginda s.a.w. melontar setiap Jamrah tiga hari berturut-turut.
4. Abbas, bapa saudara Baginda s.a.w. meminta izin untuk bermalam di Mekah pada malam-malam yang perlu bermalam di Mina kerana telah ditugaskan memberi minum kepada jemaah Haji, lalu Baginda s.a.w. mengizinkannya. Pengembala unta di Baitutah, kawasan luar Mina juga meminta izin daripada Baginda s.a.w.. Mereka diberi keringanan untuk melontar pada hari Raya Korban lalu mereka gabungkan lontaran yang perlu dibuat dalam masa dua hari selepas Hari Raya Korban kepada salah satu daripada hari tersebut
sahaja.
No comments:
Post a Comment