Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M
1. Setelah selesai bersaie di antara Safa dan Marwah, Nabi Muhammad s.a.w. berjalan-jalan bersama orang ramai sehinggalah sampai di Abtah, suatu tempat di timur Mekah. Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di khemah merah dan menetap di sana pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu sehinggalah selesai sembahyang subuh pada hari Khamis.
2. Sepanjang tempoh Rasulullah s.a.w menetap di Abtah bersama para sahabat, Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak bersama mereka secara qasar dan tidak kembali ke Kaabah sepanjang hari-hari tersebut.
3. Sebelum sembahyang, Bilal r.a melaungkan azan kemudian memacakkan tongkat dari arah kiblat seterusnya meletak kulit kambing di atasnya.Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang mengimami orang ramai secara menghadap ke arah tersebut. Ketika sedang sembahyang, anjing dan kaldai melintas dari belakang kulit kambing tersebut.
4. Kemudian orang ramai bangun lalu menyapu muka mereka dengan menggunakan tangan Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat berkata: "Aku telah mengambil tangan Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya menyapu ke mukaku. Aku dapati ia lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari kasturi."
No comments:
Post a Comment