Wednesday, July 20, 2011

Ifadhah Ke Muzdalifah


Zikir Ketika Bertolak Dari Padang Arafah Menuju Ke Muzdalifah:
Firman Allah Taala:
( فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ، وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ )

Yang bermaksud: Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Disunatkan juga membanyakkan Talbiah di setiap tempat dan ini merupakan di antara perkara-perkara yang diyakini, membanyakkan membaca al-Quran dan membanyakkan berdoa serta disunatkan menyebut:
لا إِله إِلا الله، والله أكبر
Yang bermaksud: Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, serta hanya Allah jualah Yang Maha Besar, kemudian diikuti dengan doa berikut:
"إليك اللهم أرغب, وإياك أرجو, فتقبل نسكي ووفقني وارزقني فيه من الخير أكثر ما أطلب, ولا تخيبني إنك أنت الجواد الكريم اللهم إني أسألك أن ترزقني في هذا المكان جوامع الخير كله, وأن تصلح لي شأني كله وأن تصرف عني الشر كله, فإنه لا يفعل ذلك غيرك ولا يجود به إلا أنت"

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kepada Engkau aku bergantung, Engkaulah tempat aku berharap, oleh itu terimalah ibadatku (Hajiku) dan berilah taufik hidayah dan rezeki untukku padanya dengan kebajikan, lebih banyak dari apa yang aku pohonkan, serta janganlah Engkau sia-siakan harapanku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu semoga Engkau limpahkan rezeki kepadaku di tempat ini dengan segala kebajikan, juga semoga Engkau memperbaiki segala urusanku dan memalingkan segala kejahatan daripadaku, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang dapat berbuat demikian dan tidak ada yang dapat memberikan yang demikian selain daripada Engkau sendiri.
Kemudian pungutlah tujuh ketul batu kecil. 
Menuju ke Muzdalifah, setelah wukuf  di Arafah-ada yang berjalan kaki sahaja dan Jemaah Malaysia selalunya dibawa dengan bas dari Arafah mabit sebentar di Muzdalifah kemudian naik  bas ke Mina.

Bermalam/singgah di Muzdalifah sebelum menunggu giliran ke Mina.

Bermalam di Muzdalifah sambill mengumpul batu2 untuk ibadat melontar di Jamarat.

No comments: