Jamrah Sekarang didalam komplek berbumbung dengan sekitaran yang lebih teratur. |
Jamrah pada 6 tahun yang lalu, diperbesarkan tapi belum didalam komplek.. |
Disini terletak ketiga-tiga Jamrah |
Rupa Jamrah dimasa dahulu 1953 |
Ketika Berada Di Jamratul Aqabah:
Sesudah bermalam di Muzdalifah jemaah haji hendaklah menuju ke Mina yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Muzdalifah dan kira-kira 7 kilometer dari Masjidil Haram, Makkah untuk melontar Jamrah Al-Kubra ( dulu dikenali sebagai Jamratul Aqabah ). Masa melontar Jamrah Al-Aqabah ialah mulai selepas sepatuh malam Hari Raya Haji ( malam 10 Zulhijjah ) dan berlanjutan masanya
hingga jatuh matahari di akhir Hari Tasyriq ( 13 Zulhijjah ).Adalah lebih baik didahulukan orang-orang dhaif ( orang tua, perempuan, kanak-kanak dan mereka yang uzur ) berangkat ke Mina sesudah setengah malam. Mereka yang sihat dan kuat pula berangkat dari Muzdalifah setelah sembahyang subuh.

Hendaklah sentiasa bertalbiah sehingga tiba di Jamratul Aqabah kemudian hentikan talbiah serta jadikanlah Baitullah berada di sebelah kiri anda, manakala Mina di sebelah kanan anda dan hadaplah ke Jamrah. Lontarlah satu persatu serta iringilah dengan takbir pada setiap lontaran batu.
Dilarang melontar untuk orang lain bagi mana-mana Jamrah kecuali setelah melontar Jamrah tersebut untuk dirinya sendiri.
SYARAT-SYARAT MELONTAR JAMRAH KUBRA 10 ZULHIJJAH
No comments:
Post a Comment