Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia terletak di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah, sebaik sahaja tiba di sana pada waktu asar, Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Asar secara qasar.
2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah yang terletak didalam kawasan masjid di Zul Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada dikanan jalan.
3. Seterusnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian Rasulullah s.a.w berjumpa isteri-isterinya pada malam tersebut secara bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w mandi dan disapu wangi-wangian oleh Saidatina Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w bermalam di Zul Hulaifah.
4. Setelah mendirikan sembahyang Subuh Rasulullah s.a.w memberitahu para sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku telah dikunjungi sesuatu daripada Tuhanku (mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu berkata: Dirikan sembahyang dilembah ini dan sebutkanlah Umrah didalam hati."
5. Perintah supaya mendirikan sembahyang di lembah Aqiq merupakan perintah supaya tetap berada di Zul Hulaifah sehingga selesai sembahyang Zuhur, setelah itu bolehlah memakai pakaian Ihram. Asma' melahirkan anak: Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."
Pengajaran Yang Boleh Diambil:
Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin.
No comments:
Post a Comment