Wednesday, July 13, 2011

Haji Wida dan yang membatalkan Haji

Haji Wida' > Abwa'
Abwa' 30-11-10 H 26-2-632 M
1. Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan. Semasa Rasulullah s.a.w berada di Abwa' Rasulullah s.a.w dihadiahkan seekor kaldai liar oleh as-So'bu bin Jassamah. Mengikut riwayat yang lain: "Separuh kaldai liar" namun Rasulullah s.a.w tidak menerimanya sebaliknya Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak akan
menolaknya sekiranya aku tidak berihram."
2. Para sahabat yang menunggang binatang tunggangan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Asafan yang terletak di Mekah pada hari Rabu.

Haji Wida' > Asafan
Jumaat 2-12-10 H 28-2-632 M
1.Nabi Muhammad s.a.w bermalam pada malam Khamis di suatu tempat yang terletak di antara Abwa' dan Wadi Asafan. Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanan pada hari Khamis dan bermalam pada malam Jumaat di suatu tempat yang tidak begitu jauh dengan Wadi Asafan manakala pada hari Jumaat pula, Nabi
Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalanannya sehinggalah sampai di Wadi Asafan.
2. Semasa Nabi Muhammad s.a.w berjalan-jalan di Wadi Asafan, Baginda s.a.w. bersabda: "Wahai Abu Bakar, Wadi apakah ini?" Abu Bakar menajwab: "Wadi Asafan, ya Rasulullah" Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud dan Nabi Soleh telah melalui wadi ini secara menunggang unta jantan yang masih muda dan berwarna merah serta mempunyai tali kekang yang diperbuat dari seludang iaitu kelopak atau pembalut yang berjalur dan berselimut dengan jubah. Mereka bertalbiah dan mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah."
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mekah pada malam Sabtu selepas Baginda s.a.w. melalui Wadi Asafan. Setelah Subuh Baginda s.a.w. meneruskan lagi perjalanan ke Saraf.

Haji Wida' > Saraf-Melintasi
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ibnu Saad menyebut di dalam kitab at-Tobaqaat al-Kubra bahawa: "Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada hari Isnin dan matahari tenggelam pada hari yang sama semasa baginda berada di Saraf." Sebenarnya:  Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada pagi hari Sabtu kemudian melalui Saraf pada hari yang sama dan Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah s.a.w berhenti di Zu Tuwa serta Rasulullah s.a.w bermalam di sana pada malam Ahad, Wallahu A'lam.

Saraf - Membatalkan Haji:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
1. Ketika Rasulullah s.a.w berada di Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan ingin menukar ibadat Hajinya kepada Umrah maka bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang mempunyai Dam janganlah berbuat demikian." (iaitu hendaklah dia terus berada di dalam Ihramnya). Tindakan ini dinamakan oleh ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.
2. Empat belas orang sahabat r.a telah meriwayatkan hadis daripadaRasulullah s.a.w tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada Umrah dan Hadis mereka semua adalah Sahih.

Saraf - Aisyah Menangis:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ketika Rasullullah s.a.w. berada berada di daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang haid sedangkan beliau dalam keadaan berihram umrah, laluRasullullah s.a.w. menemuinya yang kebetulan sedang menangis. Rasullullah s.a.w. bertanya: "Aisyah, apakah yang menyebabkan kamu menangis, jangan-jangan kamu datang haid?" Aisyah menjawab:
"Ya". Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.keatas wanita-wanita, oleh itu lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah Haji, cuma janganlah kamu melakukan Tawaf."

Haji Wida' > Mekah
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah dan memasukinya melalui dataran tinggi yang terletak dari arah Hajun.
2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke pintu Masjidil Haram lalu mentelekukan unta tunggangannya kemudian memasuki Masjidil Haram melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan kini orang ramai menamakannya Bab Bani Syaibah (Pintu Bani Syaibah).Rasulullah s.a.w memerhati ke arah Baitullah dan menghadapnya lantas mengangkat kedua tangan seterusnya bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud:"Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan
kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan serta tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.
Di dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud:
"Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram, Rasulullah s.a.w terus menuju ke Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid kerana Tahiyyatul Masjid bagi Masjidil Haram adalah Tawaf.

No comments: