Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji. Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah didapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidak
dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masingmasing).
Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.
Dam Ihsar:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamubolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."
Hukumnya:Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
No comments:
Post a Comment