Haji Tamattu'
Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.

Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Bermula dari 1 Syawal sehingga 10 Zulhijah.
Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tanda Sempadan:
Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km. Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah. Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.
Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah (Bir Ali), bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi:

Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.
Zul Hulaifah:
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.
Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.
Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.
Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

Multazam
Doa Di Multazam:
اللهم لك الحمد حمدا يوافي نعمك، ويكافئ مزيدك، أحمدك بجميع محامدك، ما علمت منها وما لم أعلم على جميع نعمك ما علمت منها وما لم أعلم وعلى كل حال
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, untukMu segala puji yang menyamai nikmatMu dan menandingi kelebihanMu, aku memuji Engkau dengan segala puji yang aku ketahui, dengan apa yang aku tidak ketahui terhadap segala nikmat Engkau yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui serta terhadap segala rupa keadaan.
اللهم صل وسلم على محمد وعلى آل محمد اللهم أعذني من الشيطان الرجيم، وأعذني من كل سوء، وقنعني بما رزقتني وبارك لي فيه
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, sanjungkanlah Muhammad dan sejahterakanlah baginda serta keluarganya. Wahai Tuhanku! Lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk, lindungilah aku dari segala kejahatan dan jadikanlah diriku merasa puas terhadap apa yang telah Engkau rezekikan serta kurniakanlah keberkatan untukku.
اللهم اجعلني من أكرم وفدك عليك، وألزمني سبل الاستقامة حتى ألقاك يا رب العالمين
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dari orang yang paling mulia yang datang kepadaMu dan kekalkanlah aku dalam jalan istiqamah sehingga aku berjumpaMu wahai Tuhan sekalian alam.

No comments:
Post a Comment