Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Saad bin Abi Waqqas telah ditimpa sakit lalu Nabi Muhammad s.a.w datang menziarahinya. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Aku berada dalam kesakitan sebagaimana yang engkau lihat. Aku mempunyai harta tetapi tiada siapa yang akan mewarisi hartaku kecuali seorang anak perempuan. Adakah aku boleh menyedekahkan dua pertiga dari hartaku?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku bertanya: :"Bagaimana kalau separuh darinya?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku berkata
lagi: "Bagaimana kalau satu pertiga darinya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Satu pertiga, sedangkan satu pertiga adalah jumlah yang besar. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa, mengemis kepada orang lain. Sesungguhnya jika kamu berbelanja hanya untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t, tentu kamu akan dibalas oleh Allah s.w.t walaupun apa yang disuap (dimakan) oleh isteri kamu." Beliau berkata: "Wahai Rasulullah!
Adakah aku akan hidup selepas daripada sahabat-sahabatku?" Baginda s.a.w. menjawab: "Kamu tidak akan kekal (hidup), oleh itu kamu hendaklah melakukan amalan kebaikan kerana ia akan menambah kebajikan dan
ketinggian kamu. Kemungkinan kamu akan kekal hidup selepas daripada mereka sehingga beberapa kaum mendapat manfaat dan mudharat daripada kamu. Wahai Tuhanku! Terimalah hijrah sahabat-sahabatku dan janganlah Engkau ketepikan mereka."
2. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan seorang lelaki bersama Saad bin Abi Waqqas lalu bersabda: "Sekiranya dia mati di Mekah, janganlah kamu kebumikannya di situ kerana beliau tidak suka mati di tempat yang pernah beliau berhijrah darinya."
No comments:
Post a Comment