Wednesday, July 13, 2011

Tawaf

Mekah - Tawaf:
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w memulakan Tawafnya dari Hajarulaswad. Rasulullah s.a.w melambaikannya tanpa bersesak-sesak untuk mengucupnya sambil kedua mata baginda penuh berlinangan air mata.
2. Rasulullah s.a.w memakai pakaian Ihram secara menutup bahu kiri dan membuka bahu kanan. Rasulullah s.a.w berjalan sebagaimana biasa sebanyak empat pusingan, setelah selesai empat pusingan Rasulullah s.a.w mengucup Hajarulaswad dan meletakkan kedua tangan keatasnya kemudian menyapu kemuka.
3. Rasulullah s.a.w meneruskan lagi tawafnya sebanyak tiga pusingan, setiap pusingan Rasulullah s.a.w memulakannya dari Hajarulaswad dan mengakhirinya juga di Hajarulaswad. Pada ketiga-tiga pusingan ini Rasulullah s.a.w berjalan agak cepat sedikit, walau bagaimanapun Rasulullah s.a.wtidak membuka langkah lebih luas.
4. Setiap kali Rasulullah s.a.w sampai di garisan Hajarulaswad, Rasulullah s.a.w mengisyaratkannya secara melambai dengan menggunakan Mihjan (tongkat yang berkepala bengkok) dan mengucup Mihjannya. Semasa melambai Rasulullah s.a.w membaca:
5. Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar bin al-Khattab r.a.: "Wahai Umar, engkau adalah seorang lelaki yang kuat. Oleh itu janganlah kamu berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup Hajarulaswad kerana keadaan demikian akan menyakiti orang-orang yang lemah. Sekiranya engkau berpeluang bolehlah engkau mengucupnya jika tidak maka hadaplah kearahnya serta bertalbiah dan bertakbir."
6. Orang ramai menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di antara dua rukun iaitu: Rukun Yamani dan Hajarulaswad. Doa tersebut ialah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."
7. Setelah selesai TawafRasulullah s.a.w beredar ke belakang maqam Ibrahim sambil membaca: Yang bermaksud: "Dan kamu jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang." Pada waktu itu maqam Ibrahim terletak sangat hampir dengan Kaabah. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dibelakang maqam Ibrahim dengan kata lain Rasulullah s.a.w menjadikan maqam Ibrahim berada
diantaraRasulullah s.a.w dan Kaabah. Pada rakaat pertama Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun manakala pada rakaat yang kedua pula Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas."
8. Sebaik sahaja selesai sembahyang baginda terus beredar ke Hajarulaswad lalu mengucupnya kemudian Baginda s.a.w. keluar melalui Bab Bani Makhzum (Pintu Bani Makhzum) yang bertentangan dengan bukit Safa untuk memulakan Saie. Rasulullah s.a.w tidak berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup Hajarul Aswad, tidak menghadap ke arah Rukun Yamani, tidak mengangkat kedua tangannya dan tidak menyebut: Yang bermaksud: "Sahaja aku berniat Tawaf pada minggu ini (sekian atau sekian.) Begitu juga Baginda s.a.w. tidak memulakannya dengan bertakbir sebagaimana Baginda s.a.w. bertakbir untuk sembahyang.
Rasulullah s.a.w tidak menyentuh Hajarulaswad dengan menggunakan kedua-dua tangannya, tidak berdoa ketika berada di pintu, tidak berdoa ketika berada di bawah saluran hujan yang diperbuat dari emas, tidak berdoa di belakang Kaabah, tidak menghadkan zikir-zikir tertentu semasa Tawaf danRasulullah s.a.w tidak melakukannya malah Rasulullah s.a.w tidak mengajarnya. Oleh yang demikian sepatutnya orang ramai mengambil perhatian terhadap apa yang mereka lakukan tanpa pengetahuan yang mendalam.

No comments: