Wednesday, July 13, 2011

Masjidil Haram - Mekah

MASJIDILHARAM
Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah: 
Baitulharam: Firman Allah s.w.t: Yِang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan halhal hidup)."
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
ُ
Baitul Atiq: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia.

Baniyyah: Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).

Telaga Zamzam
Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut: Zummizmu, Hazmatu, Jibril Siidah, Zammamu Barakah Suqya Ismail, Madnunah Syia'ah,Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah,Kaafiah Ta'aamu Tu'mu Barratu Asy-Syuba'atu,Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal,Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu,Tahirah Qaryatul Naml Busyra Hazmatu Ismail,Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam ,Ismah Hazmatul Bi'ri,Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu Tayyibah Abyar,Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril.

No comments: