Wednesday, July 20, 2011

Zam Zam


Air Zamzam:
Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): " Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ". 1. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya ". 2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit. "3. Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya". 4. Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil". 5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam". 6. Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.


Punca Mata Air Zam-Zam di Kawasan Masjidil Haram - Makkah Al Mukarramah.

Sumber air zam-zam terdapat di Makkah, dengan menggunakan truk tangki Air zam-zam diantarkan ke Masjidil Nabawi – Madinah Al-Munawarrah, sehingga disanapun kita dapat menikmatinya.Disebalik kisah air zam-zam, dahulu ketika Ismail haus dan Siti hajar pergi dari bukit safa ke marwah sebanyak 7x untuk mencari pertolongan, kemudian atas izin Allah memancar lah air di dekat kaki Ismail, dan air tersebut terus memancar hingga sekarang dan disebut dengan air zam-zam.
Kepada sahabat juga para bakal tetamu Allah SWT, jangan risau jika kita haus, kita dapat dengan mudah menemukan air zam-zam, disepanjang  jalan setapak  sebelah kiri dan kanan di dalam masjid. Baik di Masjidil Haram - Makkah juga di Masjidun Nabi SAW di Madinah.Sesungguhnya air zam-zam begitu nikmat dan mengenyangkan. Sebagaimana sabda Nabi SAW: " Jika kalian terasa lapar di Madinnah makanlah kurmanya, dan jika di Makkah minumlah Air Zam-Zam dan keduanya mengenyangkan. Memang benar!! Masuk masjid minum zam-zam, Habis tadarus minum zam-zam, habis tawaf minum zam-zam, Keluar masjid minum zam-zam, SubhanaAllah menghilangkan dahaga dan lapar
Sebelum minum zam-zam biasa nya ku selipkan doa khusus, Ya Allah semoga doa ku terkabul.. amin


No comments: