Sabtu 26-11-10 H / 22-2-632 M
1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah selama sepuluh tahun. Baginda s.a.w. berkorban setiap tahun tetapi belum lagi mengerjakan Haji sehingga pada bulan Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Baginda s.a.w. telah membuat keputusan untuk keluar mengerjakan Haji. Setelah Baginda s.a.w. memberitahu hasrat tersebut kepada orang ramai berita tersebut heboh disekitar Kota Madinah kerana masing-masing berkeinginan untuk mengerjakan ibadat Haji bersama Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. sama ada secara menunggang binatang tunggangan atau berjalan kaki. Keadaan ini menyebabkan Kota Madinah dipenuhi dengan orang ramai. Bilangan mereka yang berkumpul menemui Baginda s.a.w. dalam perjalanan tidak terhitung ramainya.
Mereka berkumpul disebelah hadapan, belakang, kiri dan kanan Baginda s.a.w. sehingga sayup mata memandang kerana jumlah mereka yang begitu ramai. Mereka ingin mengikuti Rasulullah s.a.w. dan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.
2. Ketika Baginda s.a.w. ingin keluar untuk mengerjakan ibadat Haji, Baginda s.a.w. telah melantik Abu Dujanah Sammak bin Khursyah as-Sa'idiy sebagai pemimpin di Madinah dan ada juga yang berkata Baginda s.a.w. melantik Subak bin Urfutah.
3. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat rakaat, Baginda s.a.w. berkhutbah kepada orang ramai dan mengajar mereka tentang ibadat Haji yang akan mereka kerjakan (khutbah).
4.Setelah itu Baginda s.a.w. meminta supaya mengambil untanya lalu Baginda s.a.w. mengguriskan tanda dibahagian bonggol sebelah kanan unta tersebut lalu mengalir darah darinya. Seterusnya Baginda s.a.w. menyarungkan kalung tanda keleher unta tersebut. Baginda s.a.w. menyerahkan kepada orang lain urusan
menanda dan menyarung kalung unta-unta yang lain. Sebaik sahaja selesai meletakkan tanda, Baginda s.a.w. menyerahkan untanya sebagai Dam kepada Najiah Ibnu Jundab al-Aslami.
5. Rasulullah s.a.w mandi sunat Ihram, memakai wangi-wangian lantas memakai dua pakaian ihram kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah dia Haji yang diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin menunjuknunjuk."
6. Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah pada waktu tengahari iaitu selepas Zuhur pada hari Sabtu, melalui jalan-jalan yang berpokok, lima hari sebelum genap bulan Zulkaedah. Ketika keluar dari Kota Madinah, Baginda s.a.w. mendirikan sembahyang di Masjidnya
Haji Wida' > Zul Hulaifah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia terletak di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah, sebaik sahaja tiba di sana pada waktu asar, Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Asar secara qasar.
2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah yang terletak didalam kawasan masjid di Zul Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada dikanan jalan.
3. Seterusnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak kemudian Rasulullah s.a.w berjumpa isteri-isterinya pada malam tersebut secara bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w mandi dan disapu wangi-wangian oleh Saidatina Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w bermalam di Zul Hulaifah.
4. Setelah mendirikan sembahyang Subuh Rasulullah s.a.w memberitahu para sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku telah dikunjungi sesuatu daripada Tuhanku (mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu berkata: Dirikan sembahyang dilembah ini dan sebutkanlah Umrah didalam hati."
5. Perintah supaya mendirikan sembahyang di lembah Aqiq merupakan perintah supaya tetap berada di Zul Hulaifah sehingga selesai sembahyang Zuhur, setelah itu bolehlah memakai pakaian Ihram. Asma' melahirkan anak: Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah, Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."
Pengajaran Yang Boleh Diambil:
Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin.
No comments:
Post a Comment