Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah s.w.t.. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah maka tidak menjadi kesalahan dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Memberi Balasan Pahala lagi Maha Mengetahui.
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Aku mulai sebagaimana yang telah dimulakan oleh Allah s.w.t." Kemudian Rasulullah s.a.w mendaki bukit Marwah. Setelah berada diatas bukit Marwah Rasulullah s.a.w mengadap kearah Kaabah dan memuji Allah s.w.t. sambil menyebut: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan
melainkan Allah dan hanya Allah jualah yang Maha Besar." Seterusnya Rasulullah s.a.w menyebut: Yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarbenarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNyadan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya."
Ketika bersaie Rasulullah s.a.w juga berkata: "Seseorang tidak akan mampu melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan." Kata-kata tersebut adalah untuk memberi semangat kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang penting dan perlu dilakukan semasa bersaie kerana orang ramai bergantung kepada bimbingan Rasulullah s.a.w malah mereka sentiasa mengikuti Rasulullah s.a.w dari belakang. Rasulullah s.a.w bersaie sehingga kelihatan dua lutut kerana terlalu kuat berlari. Ketika berada di lembah antara Safa dan Marwah Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah."
Semasa orang ramai mengerumuni Rasulullah s.a.w, mereka berkata: "Ini dia Muhammad, menyebabkan tuan-tuan hamba juga keluar mengerumuni Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w tidak menolak orang ramai dengan kedua tangan Rasulullah s.a.w supaya mereka membuka jalan untuk keluar. Melihat keadaan orang ramai yang semakin bertambah mengerumuninya, Rasulullah s.a.w terus menunggang unta dan menyempurnakan Saie secara menunggang untanya yang bernama al-Qaswa'. Ada sahabat-sahabat yang melihat Rasulullah s.a.w berselimut dengan sehelai kain buatan Najrani. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di atas bukit Marwah Baginda s.a.w. menghadap ke arah Kaabah, bertakbir kepada Allah s.w.t. dan melakukan sebagaimana yang telah dilakukan semasa berada di atas bukit Safa.
No comments:
Post a Comment