Wednesday, July 13, 2011

Dari Arafah ke Muzdalifah

Arafah - Bertolak Ke Muzdalifah:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas matahari tenggelam pada hari Arafah berdasarkan lenyapnya ufuk kuning, Usamah bin Zaid mengekori Nabi Muhammad s.a.w dari belakang. 
2. Mereka meneruskan perjalanan secara biasa, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Apabila tiba di suatu kawasan lapang yang luas, baginda mempercepatkan perjalanan dan apabila tiba di suatu kawasan bukit, Nabi Muhammad s.a.w menghulurkan tali kekang unta yang bernama al-Adhbaa' sedikit demi sedikit sehingga untanya berjaya mendaki bukit tersebut. Baginda sentiasa menyebut ucapan Talbiah di sepanjang perjalanan.
3. Nabi Muhammad s.a.w berkhutbah kepada orang ramai dengan sabdanya: "Wahai manusia! bertenanglah kerana kebaikan bukan dengan gopoh-gapah."
4. Dalam perjalanan, Nabi Muhammad s.a.w menghala ke kawasan perkampungan (As- Syu'ab) yang terletak di sebelah kiri jalan dan di antara dua tempat yang pernah Nabi Muhammad s.a.w berhenti, lalu Nabi Muhammad s.a.w membuang air kecil kemudian berwuduk. Melihat Nabi Muhammad s.a.w berwuduk, Usamah terus bertanya: "Adakah kita ingin mendirikan sembahyang di sini wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Kita akan mendirikan sembahyang di tempat yang akan kita lalui
nanti."

Arafah - Pengenalan Kawasan:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
Muhassir:
Ia terletak di antara Mina dan Muzdalifah, tetapi bukan terletak di kawasan Mina mahupun Muzdalifah. Tempat inilah Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya ke atas Ashabul Fil dan dinamakan dengan Muhassir ialah kerana gajah mengalami kepenatan semasa berada di tempat tersebut serta tidak dapat meneruskan perjalanan.
Uranah:
Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam.
* Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam tetapi tidak termasuk di dalam kedua-dua kawasan tersebut.
* Mina termasuk di dalam tanah haram dan ia juga merupakan Masy'ar.
* Muhassir termasuk di dalam tanah haram tetapi bukan Masy'ar.
* Muzdalifah merupakan tanah haram dan Masy'ar.
* Uranah tidak termasuk di dalam Masy'ar dan bukan dari tanah haram. Ia merupakan tanah
halal.
* Arafah adalah tanah halal dan merupakan Masy'ar.

No comments: