Kelebihan Hajarulaswad:
1. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perkara ini.
2. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata:
3. Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda:
Doa Di Hajarulaswad:
بسم الله والله أكبر، اللهم إيمانا بك، وتصديقا بكتابك، ووفاء بعهدك، واتباعا لسنة نبيك صلى الله عليه وسلم
Yang bermaksud: Dengan nama Allah dan Allahlah Yang Maha Besar. Wahai Tuhanku! Aku beriman kepadaMu, percaya kepada kitabMu, memenuhi perintahMu dan mengikuti sunnah NabiMu s.a.w.
* Disunatkan membaca zikir ini ketika menghadap ke arah Hajarulaswad pada setiap pusingan Tawaf.
No comments:
Post a Comment