Wednesday, September 11, 2013

Hukum-hukum Dam dan Korban

Hukum-hukum Dam dan Korban
 

Fidyah
Fidyah:
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
* Berpuasa tiga hari.
* Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang.

* Menyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah Taala:                           فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ          Yang bermaksud:
Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih samada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Fidyah bersetubuh:
* Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
* Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Dam:
Definisinya:
Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dam Tatawwuk:
Definisinya:
Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya:
" Nabi s.a.w telah mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, baginda juga pernah mengorbankan kambing " Hukumnya:
Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan Umrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu. Kerana Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya Harus bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Tempat Penyembelihan:
Tanah Haram.
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau kambing yang berumur genap enam bulan.
Dam Tamattu':
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya:
Firman Allah s.w.t:
فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ                                             

Yang bermaksud:
(Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji. (Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati). Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t:
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ Yang bermaksud:
(Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing).
Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.
Dam Ihsar:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya:
Firman Allah s.w.t:
فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ                                                                           Yang bermaksud:
(Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati).
Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
Korban:
Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).
Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ( Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah penyembelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa melakukan penyembelihan korban tersebut). Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: ( Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyembelih korban dua ekor kibasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh baginda dengan tangannya. Baginda mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki di bahagian tepi rusuk kibasy tersebut ).
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.
Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.
Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi s.a.w kemudian berkata:
اللهم هذا منك وإليك تقبل مني  

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku. 






Korban Eid Adha

Al Sultan Kelantan - Menyembelih Korban.




No comments: