Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
Muhassir:
Ia terletak di antara Mina dan Muzdalifah, tetapi bukan terletak di kawasan Mina mahupun Muzdalifah. Tempat inilah Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya ke atas Ashabul Fil dan dinamakan dengan Muhassir ialah kerana gajah mengalami kepenatan semasa berada di tempat tersebut serta tidak dapat meneruskan perjalanan.
Uranah:Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam.
* Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam tetapi tidak termasuk di dalam kedua-dua kawasan tersebut.
* Mina termasuk di dalam tanah haram dan ia juga merupakan Masy'ar.
* Muhassir termasuk di dalam tanah haram tetapi bukan Masy'ar.
* Muzdalifah merupakan tanah haram dan Masy'ar.
* Uranah tidak termasuk di dalam Masy'ar dan bukan dari tanah haram. Ia merupakan tanah
halal.
* Arafah adalah tanah halal dan merupakan Masy'ar.
Suasana di Padang Arafah- Tiang Air Kabus bagi menurunkan kadar panas. |
Jabal Rahmah di Padang Arafah |
Salah satu kawasan yang luas di Masyar Arafah |
No comments:
Post a Comment