Wednesday, July 13, 2011

Saraf - Yang membatalkan Haji

Saraf - Membatalkan Haji:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
1. Ketika Rasulullah s.a.w berada di Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan ingin menukar ibadat Hajinya kepada Umrah maka bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang mempunyai Dam janganlah berbuat demikian." (iaitu hendaklah dia terus berada di dalam Ihramnya). Tindakan ini dinamakan oleh ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.
2. Empat belas orang sahabat r.a telah meriwayatkan hadis daripadaRasulullah s.a.w tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada Umrah dan Hadis mereka semua adalah Sahih.

Saraf - Aisyah Menangis:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ketika Rasullullah s.a.w. berada berada di daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang haid sedangkan beliau dalam keadaan berihram umrah, laluRasullullah s.a.w. menemuinya yang kebetulan sedang menangis. Rasullullah s.a.w. bertanya: "Aisyah, apakah yang menyebabkan kamu menangis, jangan-jangan kamu datang haid?" Aisyah menjawab:
"Ya". Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.keatas wanita-wanita, oleh itu lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah Haji, cuma janganlah kamu melakukan Tawaf."

Haji Wida' > Mekah
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah dan memasukinya melalui dataran tinggi yang terletak dari arah Hajun.
2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke pintu Masjidil Haram lalu mentelekukan unta tunggangannya kemudian memasuki Masjidil Haram melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan kini orang ramai menamakannya Bab Bani Syaibah (Pintu Bani Syaibah).Rasulullah s.a.w memerhati ke arah Baitullah dan menghadapnya lantas mengangkat kedua tangan seterusnya bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud:"Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan
kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan serta tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.
Di dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud:
"Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram, Rasulullah s.a.w terus menuju ke Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid kerana Tahiyyatul Masjid bagi Masjidil Haram adalah Tawaf.

No comments: