Friday, October 3, 2014

Air Mata Di Arafah

Assallamualaikum, 
 Hari ini Juma'at 8 Zulhijjah 1435H bersamaan 3 Haribulan September 2014. Hampir semua para tetamu Allah Subhanahu Wata'ala telah pun mendatangi padang Arafah. Padang luas yang menyimpan pelbagai rahsia dan kenangan.Padang yang menjadi pertemuan diantara Nabi Adam AS dengan isteri nya Siti Hawa. Setelah di usir dari syurga maka berkelanalah mereka dimuka bumi berasingan puluhan tahun lamanya...mencari dan menyerah mohon rahmah dan kasih sayang dari Allah Subhanahu Wata'ala agar di pertemukan semual. Setelah sekian lama bertemulah mereka di Padang Arafah dan disini terletaknya lambang cinta pada Allah Azza Wajalla.


 Arafah adalah tanah berqah buat menjadi tempat Allah Subhanahu Wata'ala mendatangi insan beriman, memberi ampun, menerima taubat juga menabur rahmah dan rahim NYa kepada mereka yang memohon dengan ikhlas dan penuh kesungguhan. Semalam hari Tarwiyah. Hari ini menunggu waktu wukuf bila matahari mula tergelincir masuknya waktu zohor.Akan berkumandanglah khutbah Arafah buat didengari oleh sekelian ramai para tetamu Allah Azza Wajalla. Inilah detik ini lah ketika, yang paling ditunggu oleh semua insan yang menjadi tetamu Allah Subhanahu Wata'ala. Detik dan masa yang menjadi saksi kecintaan kita sebagai hamba yang kerdil mendatangi tuhannya bagi mempersembahkan rasa ta'abud dan taqwa kepada khaliq nya Allah Rabul Jalil. 

Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah adalah antara tempat untuk berdoa. Bukit ini akan dipenuhi para tetamu Allah Subhanahu Wata'ala,disini mereka bermunajat, memohon kasih sayang Allah Azza Wajalla.

 Bagai hamparan permaidani putih, Padang Arafah di penuhi khemah-khemah dan tempat teduhan sementara. Dijadikan tempat berlindung dari terik matahari dan kesejukan malam sejak datangnya hari Tarwiyah, hanya khemah dan tempat teduhan sementara ini sahaja yang ada kedapatannya disini. Tiada tilam empuk, tiada bantal yang tebal juga selimut dari kain sutera dewangga. 

Berwukuf di Arafah adalah pengorbanan dari segala rupa bentuk keselesaan yang ada didunia. Berbahagia lah mereka yang dapat menahan dan membelai hati supaya taqarrub dengan apa juga keadaan yang dilalui. Disini tiada tuan tiada hamba, semuanya sama sahaja taraf dan pakaian fisikal mereka, hanya taqwa yang membezakan kedudukan kita disisi Allah Azza Wajalla. 

Satu lagi sudut pandangan Padang Arafah dimana lautan umat Islam berwukuf, salah satu rukun haji. Kerana intipati haji adalah berwukuf di Padang Arafah,walau pun hanya sebentar dimana setiap tetamu Allah Subhanahu Wata'ala dimestikan berwukuf di Padang Arafah- Tidak berwukuf -Tidak ada Haji bagi mereka,.
Walau cuma hanya sedikit masa yang diwajibkan berwukuf di Arafah mulia ini-dari selepas waktu zohor sehingga terbenam matahari namun tidak sedikitat] cubaannya. Terpulanglah kepada setiap dari hamba Nya yang menadatangi Padang Arafah. Hanya keihklasan, tawaduk, iman dan taqwa serta ilmu didada serta tingkat kesabaran yang membezakan diantara para tetamu Allah Subhanahu Wata'ala. Masa yang begitu singkat mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya. Rugi lah mereka yang berada di Padang Arafah pada waktu wukuf mensia-siakan kehadirannya. 


Gunakan lah masa yang seketika di Padang Arafah dengan memperbanyakan amal, doa dan munajat. Berzikilah dan  memohon ampun, lagi bersungguh memohon redho dan rahmat Nya.
Di Padang Arafah bagai halaman cinta, halaman luas buat kita mencurah rasa rindu dan asyik kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Padang Arafah adalah tempat para "diur Rahman" mencurah rasa, mengadu duka, memohon kasih, memohon taubat dan keampunan. Inilah lapangan yang berqah buat tetamu Allah Subhanahu Wata'ala buat melafazkan kata-kata kasih dan cinta kepada Khaliq nya. Disini lah para tetamu Allah Azza Wajalla, memohon apa sahaja yang dihajatkan baik duniawi dan ukrahwi. 
Berdoalah dan mohon ampun kepada Allah Subhanahu wata'ala .

Sesudah melakukan solat fardhu zohor dan Asar secara jamak taqdim, jangan sekali-kali dipersiakan waktu keberadaan kita di Padang Arafah dengan melakukan perkara-perkara yang tidak ada faedah, bersembang-sembang, berborak-borak atau mundar mandir tanpa apa apa tujuan. Saya pesankan buat kita semua, inilah sedikit waktu atau "moment" yang paling berharga yang tiada nilainya walupun dengan segunung emas pun. Perbanyakanlah taubat dan mohon keampunan. Merintihlah, merataplah...dengan semau-maunya dalam kita memohon restu dan redho Nya. Mohonlah kebaikan dalam apa juga bentuk kemahuan, buat diri sendiri, anak-anak, cucu-cucu, saudara mara, negeri dan negara dan yang paling utama mohonlah ditingkatkan iman dan berharap jiwa disuburi taqwa.

Bersabarlah wahai hati, kerana hari ini aku mendatangi Khaliq ku, aku ini miliknya, tiada satu apa pun dari diri ini milik ku sebenar, semua itu hanya sementara yang dipinjamkan kepada ku buat musafirku dibumi yang milik Dia juga. Padang Arafah akan menjadi saksi adakah kita insan mukmin yang memperakukan iman dan taqwanya atau terus nanti menjadi manusia yang tidak mendapat naugan arasi Nya. 
Pemandangan disekitar penempatan para "diur Rahman" atau tetamu Allah Subhanahu Wata'ala. Berzikir dan bemunajat kepada Allah Azza Wajalla ketika berada di tanah berqah Arafah.

Begitu besar dugaan dan ujian yang akan ditempuhi, dari ujian yang bersifat fisikal, kesihatan, kesombongan, bongkak, iri hati, cemburu dan pelbagai lagi akan datang menerpa kita jika hati belum nyata ikhlas dan insaf akan kebesaran Nya. Amat penting kita bersikap sabar dan tawadhu, saling mengasihi sesama muslim, bertolak ansur dan saling membantu antara satu dengan yang lain. Yang muda dan bertenaga, menjaga yang tua, membantu dimana perlu...disinilah akan terbinanya kasih sayang diantara kita. Jauhkanlah segala sifat yang keji ...malah di Padang Arafah ini menjadi titik mula perjanjian untuk membuang semua sifat mazmumah yang masih melekat dijiwa kita.Mintalah kepada Allah Azza Wajalla agar segala sifat buruk itu terhakis dari jiwa dan perlakuan kita. Mohonlah..pinta lah...

Berzikirlah, bermunajatlah...pohonlah akan segala Rahmat Nya dan Rahim Nya.Membaca Al Quran dan apa sahaja yang dianjurkan untuk menaggih kasih sayang Allah Subhanahu Wata'ala. 

No comments: