Sunday, September 6, 2015

Haji Wida - Rauha, Uthayah,Arju

Talbiah:
1. Rasulullah s.a.w bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu) dengan kuat hingga para sahabat mendengarnya menyebabkan mereka turut serta bertalbiah.
2. Rasulullah s.a.w juga bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi keinginanMu. Kebaikan terletak pada kekuasaanMu, telah aku penuhi seruanMu, musafir keranaMu dan beramal keranaMu).
3. Talbiah Rasulullah s.a.w ialah: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu dengan mengerjakan ibadat Haji dan kepadaMulah kami memperhambakan diri.
4. Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah baginda s.a.w.: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, Tuhan yang sebenar-benarnya, telah aku penuhi seruanMu.
5. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah, Rasulullah s.a.w terus memohon keampunan, keredhaan kepada Allah s.w.t. serta memohon agar diselamatkan dari api Neraka.
6. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta supaya aku memerintahkan para sahabat menyaringkan suara mereka ketika bertalbiah." Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah bertalbiah dan berkorban."
7. Di dalam riwayat yang lain: Jibril datang berjumpa aku lalu berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.) Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya menyaringkan suara mereka dengan talbiah kerana sesungguhnya talbiah adalah syair iaitu lambang ibadat Haji.

No comments: