Saturday, September 21, 2013

Solat Qasar

SOLAT QASAR

 
Bermusafir - Kenderaan Kapal Terbang

Solat Musafir - Jamak & Qasar
Bermusafir di Padang Pasir


 Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

    Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
    Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
    Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
    Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
    Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
    Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
    Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
    Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :




Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


 HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

 Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :


    Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

    Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

    Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.
    Solat Zohor dan Asar.




   Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
 


    
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
     
ii.     Niat Solat Maghrib dan Isya'




Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala




Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala.

 
Niat Jama' Takhir dan Qasar:

  iii) Niat Solat Zohor dan Asar






Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :







Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala



iv)   Niat Solat Maghrib dan Isya






                                                                                                                    Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :






Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala


No comments: