Tuesday, September 24, 2013

IBADAT UMRAH

 Ringkasan persediaan sebelum melakukan Ibadat Umrah

1) NIAT UMRAH

(A) Persediaan Berniat:
  • Memotong kuku dan menanggalkan bulu
  • Mandi
  • Memakai Minyak Rambut dan bau-bauan
  • Memakai pakaian putih
  • Solat sunat Ihram
(B) Miqat Umrah

  1. Miqat Zamani (Masa) Ialah pada bila-bila masa
  2. Miqat Makani (Tempat)
  • Bagi penduduk Mekah adalah di Tanah Halal
  • Bagi penduduk Jauh (Afaq) ialah - Qarnul Manazil -Jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, India dan sebagainya.
  • Bi'r Ali (Zulhulaifah) - Jika datang dari arah Madinah dan utaranya. 


Tempat-Tempat Miqat


 
(C) Niat Umrah 

 
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Nawaitul ‘umrata wal akhramtu biha, lillahita’aala.

Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerenanya kerana Allah Ta'ala.

atau










 (d) Talbiyah

Sunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah.

 




























 


 (e) Pantang Larang IHRAM

  1. Menutup Kepala (Lelaki)
  2. Pakaian bersarung (Lelaki)
  3. Menutup muka (Perempuan)
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai wangi-wangi'an
  6. Memakai minyak rambut
  7. Menangalkan bulu atau mencabut
  8. Mengerat kuku
  9. Memotong tumbuhan di Tanah Haram
  10. Membunuh binatang buruan yang halal di makan di Tanah Haram atau Tanah Halal
  11. Bersetubuh
  12. Pendahuluan Persetubuhan
  13. Akad Nikah apa saja peranan.
 
 
  1.   

No comments: