Saturday, September 21, 2013

Solat Jamak





SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

    Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :

i.     Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.     Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.     Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
   

    Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i.     Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.     Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
       

No comments: