- Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
- Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
- Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
- Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
- Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
- Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
- Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
- Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.
Hal
ini tidak pernah terjadi pada zaman para sahabat dan juga pada zaman
kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu.Ketika itu,sesuatu hukum
yang ingin dihebahkan akan dikaji dan diteliti dalam-dalam berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah.Semua ini dilakukan oleh kerana takutnya mereka akan
ancaman Allah keatas mereka yang membicarakan sesuatu tanpa pengetauan.
Hal ini dinyatkan oleh Allah dalam Surah Al-A’araf:
“Dan mengharamkan mengada-ada terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”
Ibnu Sirin pernah mengatakan bahawa “mati itu lebih baik daripada mengatakan sesuatu yang dia tidak ketahui”.Selain daripada Ibnu Sirin,seorang sahabat besar Nabi iaitu Saidina Abu Bakar juga pernah mengatakan “Langit manakah yang akan menaungiku dan bumi manakah yang menampungiku,jika aku mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui”.Oleh itu, saya berharap,kita semua dapat mencontohi sikap mereka yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Bahagian pertama:Hukum menghadap kiblat didalam pesawat.
Telah sepakat bahawa menghadap kiblat adalah perkara wajib apabila ingin menunaikan solat fardhu yang lima.Ini telah dinyatakan Allah didalam Surah Baqarah:149-150 yang bermaksud:
Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. Dan dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.
Selain daripada itu,hujah ini diperkuatkan lagi dengan Sabda Nabi yang bermaksud:
Baitullah ialah qiblat bagi penduduk (yang berada sekitar) Masjidil Haram, dan Masjidil Haram ialah qiblat bagi penduduk (yang berada sekitar) tanah suci Mekah, sedangkan tanah suci merupakan qiblat bagi penduduk bumi dari umatku baik yang ada di sebelah timur mahupun di sebelah barat
Berdasarkan hadis diatas,Syeikh Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan bahawa “Menghadap kiblat dengan tepat adalah wajib bagi mereka yang berada disekitar Masjidil Haram.Manakala bagi mereka yang jauh dari Makkah,memadailah menghadap ke arah Makkah sebagai menetapi syarat hukum
Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu mendirikan solat.Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah kiblat dewasa ini. ‘Tidak tahu’ bukan lagi alasan kukuh bagi kita pada zaman kini.Teknologi satelit,kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk mengetahuinya dengan mudah.Oleh itu,tidak sah solatnya jika seseorang solat tanpa menghadap kiblat dengan alasan tidak tahu!Hal ini tidak dipandang sebagai keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama.Sebagai seorang Muslim,menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang perlu difikirkan apabila ingin bermusafir.Ini semua untuk mengelakkan kita dipertanggungjawab di Akhirat nanti.
Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah kiblat terutama didalam pesawat,maka dibenarkan untuk menganggarkan arah kiblat setepat mungkin.Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:
Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya.

No comments:
Post a Comment