Saturday, September 21, 2013

Solat dengan cara duduk.


Bahagian ketiga:Solat dengan cara duduk?
Solat secara duduk adalah salah satu kemudahan yang disediakan Islam kepada penganutnya.Ini juga membuktikan kepada penganut agama lain bahawa,umat Islam boleh melaksanakan ibadahnya walaubagaimanapun keadaan seseorang itu.Pada asalnya solat itu diwajibkan dilaksanakan dengan berdiri tegak.Ini bersandarkan kepada Firman Allah yang bermaksud:
Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat gusta.Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'
Namun begitu,terdapat beberapa sebab yang membolehkan seseorang itu solat tanpa berdiri.Antara sebab yang dibenarkan seperti yang dijelaskan dalam hadis adalah;Sakit sehingga tidak membolehkan seseorang itu berdiri,kesukaran dan dalam keadaan berbahaya.
Bagi seseorang yang sakit sehinggakan tidak mampu,dia dibenarkan solat secara duduk ataupun semampu yang dia boleh.Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:
Solatlah dengan berdiri,kalau tidak mampu maka duduklah,kalau masih juga tidak mampu maka berbaringlah dengan posisi miring.
Menurut Saiditina Aisyah,isteri Nabi Muhammad,cara duduk yang dilakukan Nabi adalah dengan bersila. Walaubagaimanapun,tidak mengapa jika seseorang itu tidak bersila,ikutlah sekadar mana yang mampu.Manakala bagi mereka yang mampu berdiri tetapi mempunyai masalah untuk rukuk dan sujud,maka memadailah melakukannya dengan Isyarat.Panduan ini diajarkan Nabi dalam satu hadis yang bermaksud:
Jika mampu bersujudlah di atas tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu lebih rendah dari ruku’ mu.
Ramai yang runsing berkenaan dengan kesempurnaan solat jika dilakukan selain dengan berdiri.Sebenarnya,solat secara duduk jika ada keuzuran diterima dan solat tersebut adalah sempurna. Namun,pahalanya kurang separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri.Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:
Pahala orang yang solat duduk separuh daripada mereka yang solat dengan berdiri
Selain daripada sakit,kesukaran dan dalam keadaan bahaya juga diberi kelonggaran untuk melakukan solat dengan duduk.Kesukaran ini biasa dihadapi mereka yang berada dalam keadaan bergerak.Terutama dalam kapal terbang.Biasanya perkara yang dihadapi adalah,ruang yang sempit yang tidak mengizinkan solat dengan berdiri, dan pergerakan yang melampau sehinggakan sukar untuk berdiri.Dalil yang jelas membenarkan ia dilakukan adalah berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud:
Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi “Bagaimanakah cara melakukan solat dalam perahu?” Kemudian Nabi bersabda: “bersolatlah dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.


Hadis diatas ini menjadi dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan,tidak Kira apa jenis kenderaan sekalipun.Kerana ilat (tujuan hadis) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan pelaksanaan solatt di atas kenderaan.


Kesukaran lain yang turut dinyatakan dalam hadis,ialah mengelakan diri dari hujan lebat.


Nabi pernah melaksanakan solat secara duduk di atas kenderaan dengan hanya sebab untuk mengelakkan diri daripada hujan lebat.Sabda Nabi yang bermaksud:


Ya’la bin Murah ra bersama Nabi dalam satu perjalanan,kemudian sampai di satu lembah.Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya.Langit ketika itu mendung dan tanah sangat basah.Kemudian masuk waktu solat,Baginda memanggil muazin lalu muazin azan dan iqamah.Setelah itu,Nabi meneruskan solatnya di atas kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat.Baginda memberi isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya.



Keadah perlaksaan solat fardhu diatas kapal terbang sama sahaja seperti solat di darat.Cumanya,ada kesukaran yang timbul maka ,kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi mereka yang sakit,seperti menudukkan kepala lebih sedikit ketika sujud,bagi membezakan sujud dengan ruku’.


Akhir sekali,saya menyeru kepada semua agar bersikap adil dan benar dalam hal memilih keadah melaksanakan solat sama ada secara berdiri atau duduk.Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan.Namun jika segala daya dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,maka dirikanlah solat dengan semampu yang mungkin.Tidak perlu di Qhada’ ataupun diulanginya semula.


Firman Allah:


“(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah: 13)

"Dan jadilah Sabar dan Solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya Solat itu berat kecuali bagi mereka yang Khusyuk" (Al-Baqarah Ayat 45)
 
 
 
 
Solat dengan cara duduk didalam Kapal Terbang

Solat Secra duduk dalam Kapal terbang
 

No comments: