Dalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.
Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :
AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
- Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah.
- Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat
- Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman.
- Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.
- Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan
- Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.
SOLAT DALAM KENDERAAN
Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.
Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sunat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.
No comments:
Post a Comment