Wednesday, July 13, 2011

Bercukur

Mina (Korban) - Bercukur:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas berkorban, Rasulullah s.a.w memanggil tukang cukur yang bernama Muammar lalu beliau mencukur rambut Rasulullah s.a.w. Ketika itu umat Islam datang meminta rambut Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w memandang muka beliau lalu bersabda: "Wahai Muammar! Kamu boleh melakukan apa sahaja kepada Rasulullah ketika pisau cukur ada di tanganmu." Muammar menjawab: "Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya yang demikian itu adalah nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. kepadaku." Rasulullah s.a.w berkata
kepada tukang cukur: "Cukurlah."Sambil menunjuk pada bahagian kanan. Setelah selesai, Rasulullah s.a.w membahagikan rambut kepada sahabat yang berada di belakangnya. Kemudian Rasulullah s.a.w menunjuk kepada tukang cukur, lalu dicukur pula pada bahagian kiri kepala Rasulullah s.a.w. Selepas ituRasulullah s.a.w bersabda: "Datang ke sini wahai Abu Talhah!." Lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan rambutnya kepada Abu Talhah Al-Ansari untuk dibahagikan kepada orang ramai. 
2. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur rambut, memotong misai dan jambang serta mengerat kuku, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar rambut dan kuku tersebut ditanam.
3. KetikaRasulullah s.a.w sedang bercukur, Khalid bin Al-Walid meminta jambul yang berada di atas dahi baginda lalu diberikan kepadanya. Khalid meletakkan rambut tersebut di bahagian hadapan serban beliau sebagai perhiasan sehingga beliau berjaya mengalahkan musuh dengan keberkatan jambul tersebut.
4. Kebanyakan sahabat mencukur rambut dan sesetengah mereka pula hanya menggunting sahaja. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Yang bermaksud:"Wahai Tuhanku! Ampunilah mereka yang bercukur." Selepas diulang tiga kali, Rasulullah s.a.w ditanya: "Bagaimana dengan orang yang berguting wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w terus bersabda: "Juga kepada orang yang bergunting". Iaitu pada kali keempat.
5. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur, Rasulullah s.a.w memakai wangiwangian serta memakai baju. Seterusnya orang ramai pun bertahallul.
6. Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Aku telah bercukur sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda:"Sembelihlah, jangan ragu-ragu". Kemudian seorang lelaki lain datang menemui Rasulullah s.a.w lalu bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan Tawaf Ifadhah sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bercukurlah, jangan ragu-ragu". Kesemua soalan yang di kemukakan kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu, Rasulullah s.a.w hanya menjawab: "Lakukanlah dan jangan raguragu".
7. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutuskan Abdullah bin Huzafah As-Sahmi, dalam riwayat lain Kaab bin Malik untuk memberitahu kepada orang ramai di Mina bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya hari ini adalah hari untuk makan, minum, berkahwin dan mengingati Allah s.w.t".

No comments: