Showing posts with label mengerjakan haji. Show all posts
Showing posts with label mengerjakan haji. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

Haji Wida - Rauha, Uthayah,Arju

Talbiah:
1. Rasulullah s.a.w bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu) dengan kuat hingga para sahabat mendengarnya menyebabkan mereka turut serta bertalbiah.
2. Rasulullah s.a.w juga bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi keinginanMu. Kebaikan terletak pada kekuasaanMu, telah aku penuhi seruanMu, musafir keranaMu dan beramal keranaMu).
3. Talbiah Rasulullah s.a.w ialah: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu dengan mengerjakan ibadat Haji dan kepadaMulah kami memperhambakan diri.
4. Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah baginda s.a.w.: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, Tuhan yang sebenar-benarnya, telah aku penuhi seruanMu.
5. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah, Rasulullah s.a.w terus memohon keampunan, keredhaan kepada Allah s.w.t. serta memohon agar diselamatkan dari api Neraka.
6. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta supaya aku memerintahkan para sahabat menyaringkan suara mereka ketika bertalbiah." Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah bertalbiah dan berkorban."
7. Di dalam riwayat yang lain: Jibril datang berjumpa aku lalu berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.) Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya menyaringkan suara mereka dengan talbiah kerana sesungguhnya talbiah adalah syair iaitu lambang ibadat Haji.

Tuesday, September 10, 2013

Ihram Haji Tamattu'

Ihram Haji Tamattu'
 
Zikir Ketika Memakai Ihram:
اللهم اجعله حجا مبرورا، لا رياء فيه، ولا سمعة
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah ia Haji yang diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk.
Zikir Khusus Untuk Talbiah:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك
Yang bermaksud: (Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu) . 

Memakai Ihram
 Sila klik disini untuk cara pemakaian Ihram

Wednesday, September 4, 2013

Wukuf Di Arafah


Wukuf di Padang Arafah:
Perbanyakkanlah membaca doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w pada Hari Arafah iaitu:
لاإله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
Yang bermaksud: Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara. Kemudian bacalah ayat ini:
( شهد الله أنه لا إِله إِلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لا إِله إِلا هو العزيز الحكيم) 

Yang bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kemudian berdoa dengan doa ini:
" اللهم لك الحمد كالذي نقول، وخيرا مما نقول، اللهم لك صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي، وإِليك مآبي، ولك تراثي، اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ووسوسة الصدر وشتات الأمر، اللهم إني أعوذ بك من شر ما يجيء به الريح، ومن شر ما يلج في الليل وشر ما يلج في النهار، وشر بوائق الدهر "
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mendengar kata-kataku dan melihat tempatku, mengetahui setiap yang aku rahsiakan dan yang aku zahirkan, tidak boleh disembunyikan sesuatupun dari pengetahuanMu. Aku hamba yang kerdil lagi fakir, memohon pertolongan dan balasan, aku hamba yang takut dan meminta belas kasihan serta mengaku terhadap segala kesalahan, aku meminta daripadaMu sebagai permintaan orang yang berhajat dan mengadu kepadaMu sebagai aduan orang yang bersalah dan hina diri, aku berdoa kepadaMu sebagai doa orang yang amat takut lagi tenat, orang yang menundukkan kepala serta seluruh anggota tubuh badan hanyalah kepadaMu.
اللهم إنك تسمع كلامي وترى مكاني, وتعلم سري وعلانيتي, لا يخفى عليك شيء من أمري, أنا البائس الفقير, المستغيث المستجير, الوجل المشفق المقر المعترف بذنبه, أسألك مسألة المسكين, وأبتهل إليك إبتهال المذنب الذليل, وأدعوك دعاء الخائف الضرير, من خضعت لك رقبته, وفاضت لك عبرته, وذل جسده, ورغم أنفه لك.

Yang bermaksud: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah Yang Memiliki Kerajaan dan Dialah Yang Memiliki Kepujian, di sisiNya segala kebaikan dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap perkara. Wahai Tuhanku! Sinarkanlah hatiku, dadaku, pendengaranku dan penglihatanku dengan cahayaMu.
Wahai Tuhanku! Lapangkanlah jiwaku, permudahkanlah urusanku. Aku berlindung denganMu dari segala waswas hati, dari urusan yang tidak teratur dan dari fitnah kubur. Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu dari segala keburukan yang berlaku pada malam dan siang, dari keburukan yang didatangkan oleh angin dan dari segala bencana. 

Semasa Wukuf Di Arafah-Perbanyakan Zikir dan Doa kepada Allah SWT. Pohon keampunan dengan penuh kesungguhan. Juga memohon Rahmat dan Rahim Nya agar Jihad kita diterima.

Antara Padang Arafah - Mina - Muzdalifah

Doa serta Zikir yang bersungguh memohon Ridho dan Rahmat Allah SWT.
Selalunya Jemaah Haji Malaysia akan ke-Arafah pada hari Tarwiah atau sehari sebelum hari wukuf - 8 Zulhijjah. Bagi mereka yang mengerjakan Haji Tamattu akan berangkat dari Makkah, selepas solat zohor secepatnya dan kadangkala hingga larut malam pada 8 Zulhijjah. Ini semua teserahlah kepada Allah SWT dan bahagian kita ketika disana nanti.





Wednesday, July 20, 2011

Ifadhah Ke Muzdalifah


Zikir Ketika Bertolak Dari Padang Arafah Menuju Ke Muzdalifah:
Firman Allah Taala:
( فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ، وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ )

Yang bermaksud: Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Disunatkan juga membanyakkan Talbiah di setiap tempat dan ini merupakan di antara perkara-perkara yang diyakini, membanyakkan membaca al-Quran dan membanyakkan berdoa serta disunatkan menyebut:
لا إِله إِلا الله، والله أكبر
Yang bermaksud: Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, serta hanya Allah jualah Yang Maha Besar, kemudian diikuti dengan doa berikut:
"إليك اللهم أرغب, وإياك أرجو, فتقبل نسكي ووفقني وارزقني فيه من الخير أكثر ما أطلب, ولا تخيبني إنك أنت الجواد الكريم اللهم إني أسألك أن ترزقني في هذا المكان جوامع الخير كله, وأن تصلح لي شأني كله وأن تصرف عني الشر كله, فإنه لا يفعل ذلك غيرك ولا يجود به إلا أنت"

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kepada Engkau aku bergantung, Engkaulah tempat aku berharap, oleh itu terimalah ibadatku (Hajiku) dan berilah taufik hidayah dan rezeki untukku padanya dengan kebajikan, lebih banyak dari apa yang aku pohonkan, serta janganlah Engkau sia-siakan harapanku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu semoga Engkau limpahkan rezeki kepadaku di tempat ini dengan segala kebajikan, juga semoga Engkau memperbaiki segala urusanku dan memalingkan segala kejahatan daripadaku, kerana sesungguhnya hanya Engkaulah yang dapat berbuat demikian dan tidak ada yang dapat memberikan yang demikian selain daripada Engkau sendiri.
Kemudian pungutlah tujuh ketul batu kecil. 
Menuju ke Muzdalifah, setelah wukuf  di Arafah-ada yang berjalan kaki sahaja dan Jemaah Malaysia selalunya dibawa dengan bas dari Arafah mabit sebentar di Muzdalifah kemudian naik  bas ke Mina.

Bermalam/singgah di Muzdalifah sebelum menunggu giliran ke Mina.

Bermalam di Muzdalifah sambill mengumpul batu2 untuk ibadat melontar di Jamarat.

Bergunting

Bergunting
Bercukur atau Bergunting:
Orang lelaki disunatkan memegang hujung rambut dengan tangannya ketika hendak bercukur serta bertakbir tiga kali kemudian berdoa:
الحمد لله على ما هدانا, والحمد لله على ما أنعم به علينا, اللهـم هـذه ناصيتي فتقبل مني, واغفر لي ذنوبي, اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة آمين.

Yang bermaksud: Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang memberi hidayah kepada kami, segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah mengurniakan kenikmatan kepada kami. Wahai Tuhanku! Inilah hujung rambutku maka terimalah daripadaku, serta ampunilah dosaku. Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku serta dosa orang-orang yang bercukur dan orang-orang yang bergunting wahai Tuhan Yang Amat Luas Pengampunan, amin.
Apabila selesai bercukur bertakbirlah tiga kali kemudian membaca:
الحمد لله الذي قضى عنا نسكنا, اللهم زدنا إيمانا ويقينا وتوفيقا وعونا, واغفر لنا ولآبائنا وأمهاتنا والمسلمين أجمعين.
Yang bermaksud: Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadat kami. Wahai Tuhanku! Tambahkanlah keimanan dan keyakinan, berikanlah taufik dan pertolongan, serta ampunilah kami, ibu bapa kami serta seluruh umat Islam. 



Saya dan keluarga diatas Bukit Marwah selepas bergunting.

Bergunting selepas Saei.

Saei - Dari Bukit Safar ke Marwah

Saie
Doa Bersaie:
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ. 


Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ  


Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
 

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bukit Marwah: 
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ  

Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. 
Melakukan Sai diantara Bukit Safar dan Marwah
Pemandangan Laluan mengerjakan Saei di-antara Safar dan Marwah.

Hijr Ismail a.s

Hijr Ismail - Sunat Melakukan Solat Didalam Ruangnya. Tawaf mesti dilakukan diluar ruang Hijr Ismail.
Hijir
يا رب أتيتك من شقة بعيدة مؤملا معروفك، فأنلني معروفا من معروفك تغنيني به عن معروف سواك
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku datang kepadaMu dari tempat yang jauh dengan mengharap kebaikanMu, oleh itu kurniakanlah kepadaku suatu kebaikan dari kebaikanMu yang tidak perlu lagi aku pohon daripada kebaikan orang lain, wahai Tuhan yang terkenal dengan menganugerahkan kebaikan.

Multazam

Multazam 

Doa Di Multazam:
اللهم لك الحمد حمدا يوافي نعمك، ويكافئ مزيدك، أحمدك بجميع محامدك، ما علمت منها وما لم أعلم على جميع نعمك ما علمت منها وما لم أعلم وعلى كل حال
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, untukMu segala puji yang menyamai nikmatMu dan menandingi kelebihanMu, aku memuji Engkau dengan segala puji yang aku ketahui, dengan apa yang aku tidak ketahui terhadap segala nikmat Engkau yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui serta terhadap segala rupa keadaan.
اللهم صل وسلم على محمد وعلى آل محمد اللهم أعذني من الشيطان الرجيم، وأعذني من كل سوء، وقنعني بما رزقتني وبارك لي فيه
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, sanjungkanlah Muhammad dan sejahterakanlah baginda serta keluarganya. Wahai Tuhanku! Lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk, lindungilah aku dari segala kejahatan dan jadikanlah diriku merasa puas terhadap apa yang telah Engkau rezekikan serta kurniakanlah keberkatan untukku.
اللهم اجعلني من أكرم وفدك عليك، وألزمني سبل الاستقامة حتى ألقاك يا رب العالمين
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dari orang yang paling mulia yang datang kepadaMu dan kekalkanlah aku dalam jalan istiqamah sehingga aku berjumpaMu wahai Tuhan sekalian alam. 


Kawasan Multazam di Kaabah. Dimana doa mustajab.

Masjidil Haram

Masjidilharam 

Kelebihan Masjidilharam:

Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga) kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan firmanNya:
( وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ )
Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dengan ini bapa sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya (Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seratus ribu sembahyang.

Bacaan Ketika Memasuki Masjid:
أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ، بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي، وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia, kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu. 
Kaabah 
 
Adab-adab memasuki Kaabah:
Mandi, suci dari hadas kecil dan besar, tidak menolak-nolak, hati mestilah khusyuk serta merasa rendah diri, mengeluarkan air mata sekiranya Allah s.w.t menghendakinya demikian, jangan meninggikan pandangan ke arah atap Kaabah, tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala dan hendaklah sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Diriwayatkan daripada saidatina Aisyah r.a katanya (yang bermaksud): "Menjadi suatu kepelikan kepada seseorang Muslim ketika dia mengangkat pandangannya ke arah atap Kaabah apabila memasuki Kaabah. Tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala". Ketika Rasulullah s.a.w memasuki Kaabah, baginda tidak mengalih pandangannya dari tempat sujudnya sehinggalah baginda keluar.
Nabi s.a.w memasuki Kaabah:
Nabi s.a.w memasuki Kaabah empat kali selepas berhijrah:
Pertama: Di hari pembukaan Kota Mekah.
Kedua: Pembukaan Kota Mekah yang kedua.
Ketiga: Ketika mengerjakan Umrah qadha.
Keempat: Ketika mengerjakan Haji Wida'. 


Pahala memasuki Kaabah:
Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya".
Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".
Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:
( وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنً ا)
Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka".
Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki Kaabah:
أيبقى قبيح والخطايا كوامن أبعد دخول البيت والله ضامن ويرجع كل وهو جذلان آمن فحاشا وكلا بل تسامح كلها 

Yang bermaksud:
Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin
Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi.
Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya
dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira.
Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan". 

Masjidil Haram - Makkah al Mukrarramah.

Zikir dan Doa

Zikir dan Doa:
اللهم هذا حرمك وأمنك فحرِّمّني على النار، وآمني من عذابك يوم تبعث عبادك واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Ini HaramMu (tempat yang Engkau lindungi) dan tempat yang Engkau peliharakan. Haramkanlah aku terhadap Neraka dan peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau bangkitkan segala hamba-hambaMu dan jadikanlah aku dari golonganMu serta dari golongan orang-orang yang mentaatiMu. Apabila memasuki Kota Mekah Rasulullah juga menyebut:
اللهم لا تجعل منايانا بها حتي تخرجنا منها  
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan ajal aku di sana (Mekah) sehingga kami keluar darinya.
Seboleh-bolehnya apabila terlihat Kota Mekah, orang yang berihram menyebut:
اللهم اجعل لي بها قرارا وارزقني فيها حلالا
Yang bermaksud: Ya Allah! Kurniakan kepada aku di sini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal. 


Zikir dan Munajat - Hari Wukuf di Padang Arafah

Wednesday, July 13, 2011

PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH

Definisi Haji:


Hukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.
Dalil dari al-Quran: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia
kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." SabdaRasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun.wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w.hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda  s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya
kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
 
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika
meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan
dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat,
mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai
pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji
Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.


JENIS-JENIS HAJI
A) Haji Tamattu':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut: Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun
sambil berkata:

"Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."
Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan." Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.

B)Haji Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah." Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan
Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaanpekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji
secara serentak.

C) Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku." Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang
diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh). Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.

Haji Untuk Orang Lain:
Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak terdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia hendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan kepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku dapati ayahku terlalu tua dan tidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya." Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah manakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orang sakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia diwajibkan mengulangi ibadat Haji. Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut telah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Haji yang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya. Sesiapa yang meninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan, walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula: Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telah mewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan perbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya. Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan: Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini berpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah terdengar seorang lelaki berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.": Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?"
Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w. bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk diri kamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."

Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang leleaki telah berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" LaluBaginda s.a.w. bersabda: "Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."
Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan syarat: Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau mahram.

Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.

Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram,
Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.