Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari enam perkara iaitu:
- Bermalam di Muzdalifah
- Melontar Jumrah 'Aqabah'
- Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
- Melontar ketiga-tiga Jumrah pada ha
- Niat ihram di Miqat tertentu
- ri tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
- Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
Perkara-perkara wajib di dalam Umrah terdiri dari dua perkara iaitu:
- Niat ihram di Miqat
- Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.
Mabit -bermalam sebentar di Muzdalifah memunggut batu untuk melontar di Jamrah di Mina |
Bermalam di Mina. Berehat dan tidor sebentar pun sudah mencukupi. Kalau ada upaya lakukan ibadat dsn amalan yang disunahkan. |
Tetap bersabar dan sentiasa berkasih sayang sesama muslim, jalinkan silaturrahim, jauhkan sifat yang dicela ketika di Mina. |
Menuju Jamrah - begitu ramainya umat Muhamad SAW dalam menyempurnakan kerja, tetap bersabar dengan suasana sebegini. |
No comments:
Post a Comment