Panduan Awal sebelum - Mengerjakan Umrah
Salam kepada semua pembaca dan kepada bakal-bakal haji atau umrah. Mari kita berkongsi dan mengambil manfaat sebagai peringatan kepada diri sendiri berkenaan persiapan mengerjakan umrah atau haji.
Sebelum kita berangkat menunaikan umrah, sebaik-baiknya kita lakukan beberapa persiapan supaya pemergian kita ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Sebab kita pergi ke tanah suci bukan untuk bersuka-suka, atau untuk melihat pemandangan atau membeli belah.. Kesemua tujuan tersebut tidak memberi kesan kepada kita apabila kita pulang ke tanah air nanti. Apa yang diharapkan daripada ibadat umrah atau haji sebenarnya ialah pembaikan ke atas diri kita apabila kita pulang. Yang itulah yang lebih penting, daripada kepuasan diri dapat berada di Masjidil Haram dsb.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menunaikan haji ke Baitullah sedangkan dia tiada melakukan persetubuhan dan perkara yang dilarang maka bersihlah ia daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi tujuan sebenar kita menunaikan umrah atau haji ialah untuk memperbaiki jiwa. Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, dan seterusnya – pembaikan berterusan atau dalam bahasa Jepun disebut kaizen. Oleh itu perlulah kita membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat umrah tersebut.
Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:
1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala.
2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t.
Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar. Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu kesalahan.
Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, kita pulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan, dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.
3. Pastikan perbelanjaan umrah kita daripada sumber yang halal.
Tentukan juga nafkah orang yang kita masih bertanggunjawab seperti anak-anak atau ibu-bapa yang kita tinggalkan di rumah mencukupi. Perbelanjaan kita mengerjakan umrah mestilah hanya daripada sumber yang halal.
4. Belajar sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan umrah.
Usahakan dengan bersungguh-sungguh mempelajari tatacara serta khafiyat mengerjakan umrah dengan memahami segala rukun, syarat wajibnya, serta sunatnya dengan kefahaman yang sebaik-baiknya. Dengan kata lain, carilah ilmunya, kerana membuat ibadat dengan mendalami ilmunya lebih utama. Bak kata pepatah “beramal dengan ilmu tak sama dengan beramal tanpa ilmu.
5. Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan.
Ini kerana, kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah haji.
6. Meningkatkan Amalan Ibadat,
Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah (harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti.
Jika kita sebelum ini belum pernah melakukan amalan-amalan yang dinyatakan di atas, ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka kadang-kadang terasa menjadi suatu bebanan dan paksaan, yang akhirnya kita memaksakan juga diri melakukannya. Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan – jadi tidak ada penambah baikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat, dan latihan ini memerlukan masa yang panjang.
7. Mengetahui sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela.
Selalulah muhasabah- lah diri dengan membina sifat-sifat yang terpuji serta membuangkan sifat-sifat yang tercela.
8. Kurangkana gurau senda dan bercakap yang sia-sia
(termasuk lepak berjam-jam kedai kopi,warung2 juga di hadapan komputer untuk berbelog, berforum, berchatting, dsb).
9. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
Senantiasa berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk dan sebagainya. Bangunkan solat tahajud dan solat taubat sebanyak mungkin dan lipat gandakan lagi bila kembali dari mengerjakan umrah atau haji.
10. Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti tawaf dan bersaie.
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, eloklah lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal.
Bagi orang yang menghidap sakit gouty athritis (gout) – macam saya, elakkan memakan makanan yang banyak protein seperti segala jenis kacang, ikan bilis, makanan laut seperti sotong, ketam, udang, daging merah, organ-organ dalaman lembu dsb. dua atau tiga bulan sebelum berangkat agar paras asid urik dalam darah tidak meningkat. Untuk mengurangkan paras asid urik, kita bolehlah mengambil allopurinol tetapi ini hendaklah dilakukan berbulan-bulan sebelum kita berangkat ke tanah suci sebab kesan awalnya ialah ia akan mencairkan asid urik yang telah mengeras menjadi kristal di dalam tisu-tisu badan. Jadi pada peringkat awalnya, ia akan trigger radangan gout yang sangat menyakitkan. Dan jangan lupa untuk banyak minum air.
Jadi daripada awalnya kita cuba lakukan amal kebaikan mudah-mudahan apabila kita berada di tanah suci mudahlah kita melakukan amalan-amalan tersebut.

Semata-mata kerana Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

No comments:
Post a Comment